Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 makanan yang sihat :)

Assalamualaikum. dah 2 bulan tak tulis. last time dah abes merentas desa. Tahun ni rase ye dah kurang dah blog blog ni. oke sekarang nak tergkan pasal makanan seimbang:
 
Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan. 





"makanan yang sihat :)" was Posted On: Friday, 28 February 2014 @21:00 | 0 lovely comments
 2014

ASSALAMUALAIKUM...
dah lama dah aku tak update kat blog... last thun lepas.. WOW! lamenyerrr :0
skang ni aku dah 15 tahun, dah beso dah, tak leh men2 lagi. nak peperiksaan PPMR.. Pembaharuan Penilaian Menengah Rendah... kalo dh nme nyer baru kompem arr susah.. tapi susah untuk org yg malas berusaha.. hehe! tapi honestly, ak mmg sedih takot tak leh score, dgr cite batch kitorg akn ad penilaian sama mcm ujian MUET... sedeh mmg sedeh... tambah2 lagi batch kitorg ad 11A's budak india 12A's... dah mcm results SPM lak.. nak buat cane bukan bole bantah pon...  
 Tahun ni alhamdulillah semua ye berjalan lancar dri pelajaran... dah tak de ponteng2 cam form 2, nakal! haha! Tahun ni azam tu kuat siket berbanding tahun lepas.. eh eh! tahun lepas mne ade azam. mmgla ad azam tp start 5 jan, azam tu entah ke mane. dah terkubur kot..tapi seriously time form 2 mmg main2, ad peperiksaan mcm tak de peperiksaan je.. taye kawan la... ish3! hari ni baru lepas final merentas desa... selama sekolah 3 tahun kat sne, baru tahu laluan merentas desa 5km.. uishhh!! kalah jarak umah ak sampai sekolah.. tapi nak bangge siket ni, julung-julung kali, ak dapat nombor... hahaha!!! 30 je.. tp oke pe...bukan senang tau ak nak lari sejauh 5km.. jarak dari kelas sampai kantin sekolah pon ak arse mcm 8 batu... ni 5 km??.. i'm proud myself, haha! first2 lari tetibe skit pinggang selama latihan tak de pulak skit pggang.. pstu ak jalan ngan husna.. nmpak aina,umirah jalan ngan dorg, lari sme2.. mse dah msok sekolah tu nak msok lorong P2, kami jalan, yela buat ap nak lari bukan dpt nombor pon...msok je akk form 6 jerit ''cepat P2,P2''.. ooo?? tros lari, bukan nak bg signal awal2 bole pecut 3 budak india dpn kitorang... tapi apepon, ak mmg bersyukur sbb tak de lg merentas desa.. dah abes... yeay!! sorak-sorak ramai!!! 
 

oke la sampai sini je.. lain kali ak story-story eh,,, hahah! oke la .. ASSALAMUALAIKUM... 
 

 
 
"2014" was Posted On: Thursday, 23 January 2014 @22:16 | 0 lovely comments

« Older posts

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ