Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 :)

Assalamualaikum....
          lame btol tak update blog... huhuhuhu
          hari ni nak kongsikan sikit..
       


 DI HARI KIAMAT, seperti kita lemas di laut. Cuba kita naik kapal, naik sampan, bot atau feri, bila pecah dilambung ombak, kita jatuh ke dalam laut. Apa yang kita BUAT? Ada papan kita pegang, ada tong kita berpaut, ada manusia kita akan panjat atas manusia itu supaya kita tak lemas dan selamat, kalau ada sehelai rambut pun kita akan pegang kalau rambut itu mampu menyelamatkan kita. ITULAH bandingan kalau lemas di lautan. Lemas di Padang Mahsyar ni, semua orang dia nak kait, dia tak nak masuk Neraka, tu dia akan kait semua orang. BILA DITANYA “Kenapa kamu tak sembahyang? . Dia jawab “ Bapa saya tak ajar saya, bagaimana saya nak sembahyang!”. Dia kait bapa dia padahal di dunia bapa dia dah pun suruh dia sembahyang. Bila ditanya “Kenapa tak tutup aurat?. Dia jawab “ Suami saya tak suruh tutup aurat!” Sedangkan masa kat dunia bila suami suruh tutup aurat dia kata ‘muda lagi!’. Tapi di Hari Kiamat dia dakwa suami dia, sehinggalah di Padang Mahsyar bukan sahaja suami kena dakwa, isteri kena dakwa, mak bapak kena dakwa, tetapi termasuk yang kena dakwa ialah NABI-NABI pun kena dakwa.

 


DI HARI KIAMAT, NABI MUHAMMAD SAW adalah orang pertama yang masuk Syurga, tetapi kerana sifat sayang baginda kepada kaumnya , Baginda menunggu umatnya di pintu Syurga dan berdoa kepada ALLAH supaya melindungi umatnya, sehinggakan apabila ada umat Nabi MUHAMMAD yang SAMA BERAT TIMBANGAN PAHA DAN DOSANYA di Neraca ALLAH lalu Nabi MUHAMMAD mengambil serban Baginda dan diletakkan serban di atas timbangan sebelah kanan iaitu bahagian timbangan pahala orang itu lalu Neraca ALLAH condong sebelah kanan (pahala) dan malaikat berkata kepada orang itu “masuklah kamu ke dalam Syurga”. Kemudian malaikat mengadu kepada ALLAH, lalu ALLAH SWT menjawab “Itulah umat Nabi MUHAMMAD, biarlah dia (MUHAMMAD ) nak bagi syafaat kepada umatnya”. MasyaAllah, betapa sayangnya Nabi MUHAMMAD SAW kepada kita, maka sebab itulah bila bertembung antara Nabi dan suami maka wajiblah sayang kepada Nabi MUHAMMAD melebihi semua manusia-manusia yang lain. Suami kat dunia ini boleh tinggalkan kita, suami tak tunggu bila isteri lambat. Isteri pun kat dunia boleh tinggalkan suami, tapi Nabi MUHAMMAD SAW tunggu kita di hari Kiamat.
 
AMALAN-AMALAN supaya ALLAH SWT mengampunkan dosa kita: 



 
":)" was Posted On: Tuesday, 12 November 2013 @21:29 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ